loveNcare

R.E.L.A.X.Z.O.N.E


Wednesday, November 4, 2009

:doa bUat kekAsih:

Ya Allah...
seandainya telah angkau catatkan dia milikku, tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku..
titipkanlah kebahagiaan antara kami, agar kemesraan itu abadi..

dan Ya Allah Ya Tuhan ku yang Maha Mengasihani...
seiringkanlah kami melayari hidup ini, ketepian yg sejahtera dan abadi..
tetapi Ya Allah...
seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku, bawalah dia jauh dari pandanganku..
lupakanlah dia dari igatanku, dan peliharalah aku dari kekecewaan..

serta Ya Allah Ya Tuhan ku yang Maha mengerti...
berikanlah aku kekuatan, melontar bayangannya jauh ke dada langit..
hilang bersama senja nan merah, agarku bisa bahagia..
walaupun tanpa bersama dengannya..

dan Ya Allah yg Tercinta...
gantikanlah yg telah hilang, tumbuhkanlah kembali yg telah patah..
walaupun tidak sama dengan dirinya..

Ya Allah Ya Tuhan ku...
pasrahkanlah aku dengan takdir Mu..
sesungguhnya apa yg telah engkau takdirkan, adalah yg terbaik buatku..
kerana engkau Maha Mengetahui segala yg terbaik buat hamba Mu..

Ya Allah...
cukuplah engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku, di dunia dan di akhirat..
dengarlah rintihan dari hamba Mu yg daif ini..
jangan engkau biarkan aku sendirian, di dunia mahupun di akhirat..
menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yg beriman..
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..
ke jalan yg engkau redhai. dan kurniakanlah padaku keturunan yg soleh..

Amin...
asms: itu juga doaku.

No comments:

Post a Comment