loveNcare

R.E.L.A.X.Z.O.N.E


Wednesday, May 15, 2013

:apA laGi:

kenapa bila kita rasa benci giler kat someone. tapi bila depan dia kita tak boleh nak tunjukkan muka meluat kita dengan perangai dia tu. bila dia sapa, kita pun layan. walhal, sebenarnya nak benci ni. bila sembangSembang, ayatAyat yang terkeluar as like:

"meluat la tengok muka c polan tu!"
"menyampah dah. nak cakap pun rasa berat je mulut."
"nak tengok muka dia pun da naik muak."
"perangai dia tu macam *#%^$ je"

ikutkan, sume perkataan nak dilontar biar c tuan empunya diri tau betapa meluatnya orang lain dengan perangai kaki 'B' dia tu. tapi tak terluah. kesian pun ada, sebab other side dia oke. other side dia 'keo'. tapi dia tak pernah rasa bersalah walaupun dia tau ramai yang tak suka dengan cara dia. dia tetap jugak ajak sembang. adusss. nak kata apa lagi, layankan je la.

maybe sebab da d ajar hati supaya jangan sampai membenci. oke. so, biarkan dia dengan dunia dia. kita cuba buat sebiasa mungkin. jangan layankan sangat perangai kaki 'B' dia tu. yang penting hidup ni bukan d tangan dia. tapi d tangan yang Maha Pencipta. sekian.

asms: atau maybe da tak tau nak buat apa...

:mAsa itU:

pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. In Shaa Allah lebih kurang lagi 8 bulan ck anis akan bergelar seorang isteri. mudahMudahan dipermudahkan segala urusan. da mula buat serba sedikit preparation.
 
1st thing, untuk doorgift. home made mini tasbih. cadangnya nak buat untuk belah lelaki n for friends je. tapi mama n ayah said, buat untuk bagi jemputan sekali. plus with something lain sebagai sampingan la.
 
how about bunga telur? cadangya nak buat 100 pcs sebagai bunga paha plus another 100 pcs untuk belah lelaki. tak buat banyak pun. limited. hehe. mudahMudahan hasrat nak gubah sendiri bunga telur ni tercapai. aminn...
 
en tunang a.k.a en aizuddin kata, beli barang sikitSikit. nanti tak kelam kabut sangat. cadang ck anis sendiri pun macam tu la. tapi da duitnya sibuk g ke hal lain. alamatnya, tangguh lagi. n dia cukup pantang sebab ck anis suka tangguhTangguh. like my ayah. (tibaTiba teringat ayah yang membebel bukan hobi dia. tapi bila dia da keluarkan ayat 'pantang' dia. sampai sekarang pun ingat. "pantang ayah kerja tu sekejap, sekejap. cuba terus buat. kejap, kejap nanti lupa!" katanya.) tapi anakAnak ayah sume degil tak dengar kata.ampun pak...
 
cerita pasal bab kahwin ni, ramai officemate nak melangsungkan perkahwinan mereka dalam waktu terdekat ni. Rini seminggu lepas raya. Sue bulan 10. Ida seminggu lepas majlis Sue kalau tak lupe ingatan. Mimi bulan 11 In Shaa Allah. n ck anis sendiri, tahun 2014. tarikh pilihan 31/1/2014 - nikah...1/2/2014 - sanding...18/2/2014 - belah lelaki. Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan kami. mudahMudahan urusan yang baik ini, diperkenan oleh-Mu Ya Rabb. mudahMudahan juga mendapat redha, berkat dan hidayah dari-Mu. Aminn...
 
asms: semoga perancangan dipermudahkan oleh0-Nya dan berjalan lancar...

Wednesday, February 20, 2013

:bUku bAru:

lama suda x update story baru. atas sebab-sebab:
  • internet ekses
  • masa
  • kerja
  • weekend xtvties
bunyi macam busy sangat. walhal takde busy mana pun. tapi takpe la. akhirnya, ada juga masa meng'update' blog ni.

balik pada tajuk asal 'BUKU BARU'. YES! inilah masanya, bila kita da 100% bersedia untuk move on. forgive n forget. love n care. biar lambat dari takde langsung. n now, buku baru da pun tebuka dan sedia menerima catatan baru, since i've been tunangan orang ni.

kenal dia tak macam kenal yang lain. tak sangka dalam waktu yang sangat singkat. untuk tempoh perkenalan yang sangat-sangat singkat, dia melamar saye untuk hubungan yang lebih serius. lebih serius dari bercinta. then, kami decide untuk mengikat tali pertunangan. bermula la perbincangan di antara kedua keluarga.

10 OCTOBER 2012 - merupakan tarikh perkenalan kami. saye approved dia dalam senarai friend list FB. after 2 weeks die lamar saye untuk bertunang.

12 JANUARI 2013 - berlansung majlis pertunangan kami. majlis yang simple tapi sangat happening. terima kasih pada keluarga dan sedara-mara yang banyak membantu. pada kawan-kawan yang hadir memeriahkan majlis kami. pada keluarga dan kenalan dari pihak die. terima kasih semua.

dan pada hari tu juga tarikh untuk majlis nikah dan persandingan kami ditetapkan. In Shaa Allah jika di izinkan oleh-Nya.
  • 31 JANUARI 2014    : majlis pernikahan.
  • 01 FEBRUARI 2014 : majlis bersanding.
  • 16 FEBRUARI 2014 : majlis bertandang.
sekarang da tiba masa untuk fikirkan komitmen yang akan kami harungi nanti. segala persiapan yang patut dilakukan. sudah tiba masa kami menghitung hari. perasaan da macam-macam. risau pun ada. banyak juga urusan yang perlu di selesaikan sekurang-kurangnya, paling lewat sebulan sebelum majlis semua kira da 95% siap.

mudah-mudahan die la pasangan kekasih dan teman sejati. 'JIKA KAMI BERSELISIH FAHAM, DIA LEBIH SENANG MENGALAH UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN PERSAHABATAN'. ni la satu ciri yang ada pada diri tunang saye. semoga ianya kekal. tapi nampak di situ yang saye ni bukan jenis yang suka mengalah. sebenarnya, bukan susah nak mengalah. tapi jarang-jarang. dan sebenarnya juga, saye ni terlebih manje sebab selalu d manje kn oleh en tunang. kadang-kadang kena tegur sikit da terasa hati. harap bersabarlah ye wahai en tunang. hehee...

sayang apa khabar denganmu..
di sini kumerindukan kamu..
 

to be continue...


Sunday, November 4, 2012

:iNdah:

Sebelum ni, rasa hati berbunga2 tanpa sebab. Walaupun kepala sarat fikirkan macam2 hal, tapi bibir masih mampu mengukir senyuman. Alhamdulillah, sungguh besar nikmat-Mu. Mungkin itu petanda, mampu ny aku tersenyum kini dengan sebab yg pasti. Meskipun kepala sarat dengan hal yg sama seperti sebelum ny.

Janji Allah itu pasti. Dia juga perancang yg Maha hebat. Dulu, d beri matahari untul menyinari hari2 ini. Tapi, pada suatu ketika Dia mengambil ny semula. Sedih. Risau. Adakah matahari itu akan muncul kembali? Kini, selepas Dia mengambil semula matahari yg pernah d beri suatu ketika dulu, Dia berikan pula sesuatu yg lebih istimewa. Syukur dengan aturan-Nya. Pelangi yang d kurniakan kini, mampu membuat hari2 ceria.

Semoga kurniaan dari-Nya kini, adalah hadiah buat selama ny. Ya Allah, dengan aturan-Mu kami bertemu. Dengan izin-Mu kami bersatu. Ku mohon, Kau kekalkan ny dengan redha-Mu Ya Rabb. Restulah kami dengan sinar kebahagiaan. Kekal kn kami untuk mensyukuri nikmat dari-Mu.

Amin Ya Rabbal A'lamin...

Friday, October 19, 2012

:kErja:

as what i said on my FB, susah kalau kerja dengan company yg ada tempias politik (not gov). d sebab kn politik, staff kat sini da macam duk dalam penjara moden. itu x boleh, ini x d benar kn. antara apa yg boleh n apa yg boleh...

lelaki rambut mesti kemas (da mcm fully gov).

break sangat kena jaga. setiap hari, 1 jam only for meal + 1/2 jam for solat/toilet n ect. kalau sambung OT, only add 45 minutes for meal.

n now, air pn x blh bawak masuk area pintu kaca ni.

internet just provide 1 PC. sehari sorang boleh guna cuma 1 jam.

ikutkan banyak lagi yg buat rasa dekat sini macam tak ada kehidupan. balik pada 1st paragraph (macam karangan). d sebabkan ada tempias politik, manusia2 yg kat HQ tu lately ni asik duk cari kesalahan kami kat office sini. benda kecik pun jadi isu. d sebabkan 2 pihak berlawan nak menang takluk kawasan, kami yg sengsara.

tolonglah. nampak sangat tak profesional untuk mereka yg punya IQ n pelajaran tinggi. kalau asik nak berlawan sampai terkesan pada sekeliling. tak aman dah jadinya. dari orang ikhlas nak bekerja, jadi menyampah pulak.

tapi x boleh menyampah sangatkan. sebab ni la punca rezeki hari2. kalau x ikhlas bekerja, hasilnya pun x berkat. sabar la wahai hati. jangan cepat melatah. bertahan selagi mampu. sambil tu, cuba la cari kerja lain. (semoga ada rezeki d tempat lain suatu hari nanti).

nak lepaskan apa yg bersarang dalam hati. tak dapat nak luahkan semuanya. kadang2, setiap luahan tak semestinya akan terus habis begitu saja. tersimpan sedikit, sebagai pengalaman. harus sabar dengan dugaan. INSYAALLAH, suatu hari PASTI hikmah yg tersembunyi kita perolehi.