loveNcare

R.E.L.A.X.Z.O.N.E


Sunday, November 4, 2012

:iNdah:

Sebelum ni, rasa hati berbunga2 tanpa sebab. Walaupun kepala sarat fikirkan macam2 hal, tapi bibir masih mampu mengukir senyuman. Alhamdulillah, sungguh besar nikmat-Mu. Mungkin itu petanda, mampu ny aku tersenyum kini dengan sebab yg pasti. Meskipun kepala sarat dengan hal yg sama seperti sebelum ny.

Janji Allah itu pasti. Dia juga perancang yg Maha hebat. Dulu, d beri matahari untul menyinari hari2 ini. Tapi, pada suatu ketika Dia mengambil ny semula. Sedih. Risau. Adakah matahari itu akan muncul kembali? Kini, selepas Dia mengambil semula matahari yg pernah d beri suatu ketika dulu, Dia berikan pula sesuatu yg lebih istimewa. Syukur dengan aturan-Nya. Pelangi yang d kurniakan kini, mampu membuat hari2 ceria.

Semoga kurniaan dari-Nya kini, adalah hadiah buat selama ny. Ya Allah, dengan aturan-Mu kami bertemu. Dengan izin-Mu kami bersatu. Ku mohon, Kau kekalkan ny dengan redha-Mu Ya Rabb. Restulah kami dengan sinar kebahagiaan. Kekal kn kami untuk mensyukuri nikmat dari-Mu.

Amin Ya Rabbal A'lamin...

Friday, October 19, 2012

:kErja:

as what i said on my FB, susah kalau kerja dengan company yg ada tempias politik (not gov). d sebab kn politik, staff kat sini da macam duk dalam penjara moden. itu x boleh, ini x d benar kn. antara apa yg boleh n apa yg boleh...

lelaki rambut mesti kemas (da mcm fully gov).

break sangat kena jaga. setiap hari, 1 jam only for meal + 1/2 jam for solat/toilet n ect. kalau sambung OT, only add 45 minutes for meal.

n now, air pn x blh bawak masuk area pintu kaca ni.

internet just provide 1 PC. sehari sorang boleh guna cuma 1 jam.

ikutkan banyak lagi yg buat rasa dekat sini macam tak ada kehidupan. balik pada 1st paragraph (macam karangan). d sebabkan ada tempias politik, manusia2 yg kat HQ tu lately ni asik duk cari kesalahan kami kat office sini. benda kecik pun jadi isu. d sebabkan 2 pihak berlawan nak menang takluk kawasan, kami yg sengsara.

tolonglah. nampak sangat tak profesional untuk mereka yg punya IQ n pelajaran tinggi. kalau asik nak berlawan sampai terkesan pada sekeliling. tak aman dah jadinya. dari orang ikhlas nak bekerja, jadi menyampah pulak.

tapi x boleh menyampah sangatkan. sebab ni la punca rezeki hari2. kalau x ikhlas bekerja, hasilnya pun x berkat. sabar la wahai hati. jangan cepat melatah. bertahan selagi mampu. sambil tu, cuba la cari kerja lain. (semoga ada rezeki d tempat lain suatu hari nanti).

nak lepaskan apa yg bersarang dalam hati. tak dapat nak luahkan semuanya. kadang2, setiap luahan tak semestinya akan terus habis begitu saja. tersimpan sedikit, sebagai pengalaman. harus sabar dengan dugaan. INSYAALLAH, suatu hari PASTI hikmah yg tersembunyi kita perolehi.

Wednesday, October 10, 2012

:hAti tAk bOleh tErima:

wo0o~

siyesly, sgt x suka org nk kenen2 kn aku ngan sesape.rimas la.
tp aku senyummmmmmmmm je.dalam hati???
last dlu, b'berapa taun dlu..tu la last.
lepas tu, secara rasmi ny aku da ttup pintu ati da.
sekali lg d ulang "AKU DAH TUTUP PINTU ATI AKU!"
org nk kata poyo pi lantak la.ade aku heran.memang aku x cantik.SO???

pd yg add2 aku kat FB tu, sori kalau x approve. (yg ni mmg giler poyo)
sekurang2 ny aku jujur yg aku xde ati buat masa ni nk approve sesape.
tp sesape jgk yg da d approve tu, heee.....THX ADD  :)

aku nk tgu prince charming aku..aisehhh...sapa la tu ek...
nk b'cinta lepas kawin kate ny.tp bila mama kata:
"klu ada yg msk minang,mama ayah terima,dia (aku ler tu) mesti terima punya..."
main kasar mama ni.xmo la ma.aishhhhh~
ntah apa2 la ati aku ni.serabut weyh klu masuk topik ni.

hati x bley terima.akal x bley bekerja
sekali lg.jgn kenen kn sy cik ANIS SALHA dgn memana lelaki tanpa kerelaan hati sy ye.
sebab nanti sy (ati da cool skit) akan menyanyi...

'tertutup sudah pintu, pintu hatiku...........'
and
'tidak ku tahu bila kn t'buka.............'

cacamarba da tulisan ni...masuk exam BM ni, cnfrm gagal dgn cemerlang.


#pengalaman menjadi pengajaran#
*pengalaman menjadikan aku begini*


Saturday, September 8, 2012

:jodoh:

Apa yang boleh dikatakan buat masa ini, jodoh tu rahsia Allah. Bercakap soal jodoh, buat masa ni, memang tak bersedia lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri/ibu. Walaupun bila tengok kawan-kawan ramai yang sudah mendirikan masjid dan hidup bahagia di samping suami/isteri masing-masing. Dikurniakan anak-anak yang comel. Tapi hati masih ragu untuk berkomitmen.

Dan buat masa ni juga, bukan masa untuk terima 'cinta'. Kerana bulat tekad mewujudkan rasa itu hanya selepas sah bergelar seorang isteri. "minta dikabulkan doa hamba-Mu ini Ya Rabb.ameen" Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar aku erti hidup. Banyak membantu aku mengenali dunia. Syukur dengan pengalaman yang lalu. Moga apa yang berlaku aku simpan semat untuk dijadikan sebagai pengajaran yang paling berharga.

~yakin janji-Nya~

Sunday, June 24, 2012

:mAsih tErasa:

kenapekah?

Ya Allah,
hanya Engkau yang Maha mengetahui.
hanya Engkau yang lebih tahu apa yg bakal
terjadi sesaat dan waktu-waktu selepas detik ini.
hanya Engkau jua yang lebih tahu apa yg tersurat
dan apa yg tersirat di setiap hati hamba-Mu.

Ya Allah,
di saat aku berjanji pada diriku sendiri untuk tidak
menitis kn air mata yg bukan kerana tangisan kerana-Mu,
ku mohon dari-Mu agar Engkau tetap kn hati ku.
ketika aku tekad kn hati dengan niat itu, ku mohon bantuan dari-Mu.
bantulah aku hamba-Mu yg kerdil. Jauh kn lah rasa itu.

Ya Allah,
kejamkah aku saat hadir ny rasa itu,
ku mohon dari di jauh kn rasa itu dari ku?
kejamkah aku Ya Allah...

***

masih x mampu singkir kn rasa itu
masih jua x mampu kehadapan tanpa menoleh masa lalu

masih cuba gagah kn langkah
masih jua kuat kn tekad dengan niat