loveNcare

R.E.L.A.X.Z.O.N.E


Wednesday, October 10, 2012

:hAti tAk bOleh tErima:

wo0o~

siyesly, sgt x suka org nk kenen2 kn aku ngan sesape.rimas la.
tp aku senyummmmmmmmm je.dalam hati???
last dlu, b'berapa taun dlu..tu la last.
lepas tu, secara rasmi ny aku da ttup pintu ati da.
sekali lg d ulang "AKU DAH TUTUP PINTU ATI AKU!"
org nk kata poyo pi lantak la.ade aku heran.memang aku x cantik.SO???

pd yg add2 aku kat FB tu, sori kalau x approve. (yg ni mmg giler poyo)
sekurang2 ny aku jujur yg aku xde ati buat masa ni nk approve sesape.
tp sesape jgk yg da d approve tu, heee.....THX ADD  :)

aku nk tgu prince charming aku..aisehhh...sapa la tu ek...
nk b'cinta lepas kawin kate ny.tp bila mama kata:
"klu ada yg msk minang,mama ayah terima,dia (aku ler tu) mesti terima punya..."
main kasar mama ni.xmo la ma.aishhhhh~
ntah apa2 la ati aku ni.serabut weyh klu masuk topik ni.

hati x bley terima.akal x bley bekerja
sekali lg.jgn kenen kn sy cik ANIS SALHA dgn memana lelaki tanpa kerelaan hati sy ye.
sebab nanti sy (ati da cool skit) akan menyanyi...

'tertutup sudah pintu, pintu hatiku...........'
and
'tidak ku tahu bila kn t'buka.............'

cacamarba da tulisan ni...masuk exam BM ni, cnfrm gagal dgn cemerlang.


#pengalaman menjadi pengajaran#
*pengalaman menjadikan aku begini*


Saturday, September 8, 2012

:jodoh:

Apa yang boleh dikatakan buat masa ini, jodoh tu rahsia Allah. Bercakap soal jodoh, buat masa ni, memang tak bersedia lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri/ibu. Walaupun bila tengok kawan-kawan ramai yang sudah mendirikan masjid dan hidup bahagia di samping suami/isteri masing-masing. Dikurniakan anak-anak yang comel. Tapi hati masih ragu untuk berkomitmen.

Dan buat masa ni juga, bukan masa untuk terima 'cinta'. Kerana bulat tekad mewujudkan rasa itu hanya selepas sah bergelar seorang isteri. "minta dikabulkan doa hamba-Mu ini Ya Rabb.ameen" Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar aku erti hidup. Banyak membantu aku mengenali dunia. Syukur dengan pengalaman yang lalu. Moga apa yang berlaku aku simpan semat untuk dijadikan sebagai pengajaran yang paling berharga.

~yakin janji-Nya~

Sunday, June 24, 2012

:mAsih tErasa:

kenapekah?

Ya Allah,
hanya Engkau yang Maha mengetahui.
hanya Engkau yang lebih tahu apa yg bakal
terjadi sesaat dan waktu-waktu selepas detik ini.
hanya Engkau jua yang lebih tahu apa yg tersurat
dan apa yg tersirat di setiap hati hamba-Mu.

Ya Allah,
di saat aku berjanji pada diriku sendiri untuk tidak
menitis kn air mata yg bukan kerana tangisan kerana-Mu,
ku mohon dari-Mu agar Engkau tetap kn hati ku.
ketika aku tekad kn hati dengan niat itu, ku mohon bantuan dari-Mu.
bantulah aku hamba-Mu yg kerdil. Jauh kn lah rasa itu.

Ya Allah,
kejamkah aku saat hadir ny rasa itu,
ku mohon dari di jauh kn rasa itu dari ku?
kejamkah aku Ya Allah...

***

masih x mampu singkir kn rasa itu
masih jua x mampu kehadapan tanpa menoleh masa lalu

masih cuba gagah kn langkah
masih jua kuat kn tekad dengan niat

Sunday, June 10, 2012

:kehidUpan pErasa buah-bUahan:

kehidupan manusia macam juga perasa buah-buahan. ade manis ny. ada pahit. ada juga masam. kehidupan cik anis juga begitu la. terkadang seharian terasa manis ny. tapi esok da berubah rasa. kelat.

kalau buah ada vitamin ny tersendiri, macam tu juga la dengan kehidupan kita. macam buah oren, masam ny masih terkandung vitamin c. kalau dalam kehidupan pulak, 'masam' tu ada hikmah d sebalik ny.

oke, masuk kepada isi...

sejak dua menjak ni, bila di fikir-fikir semula, cik anis semakin terasa kehilangan sahabat-sahabat yg dulu ny pernah rapat. mungkin sebab cik anis rasa cik anis x setanding dgn mereka. jauh rasa ny perbezaan tu. ketara. semakin lama, menjauh adalah langkah terbaik untuk meningkat kn motivasi diri. bila sendir, akal mula berfikir tentang rasa bahagia yg datang silih berganti. mula juga ligat berfikir tentang aturan hidup yg telah ditentu kn olehNya.

hikmah. betul, ada hikmah di sebalik kejauhan ini. cik anis semakin banyak spent time dgn family. dengan anak-anak buah. jauh dari teman x bermaksud semua kegembiraan yg wujud sebelum ni, hilang terus. tapi dah pn digantikan dengan yg lebih sempurna.

bersyukur. YA! cik anis sangat bersyukur dengan apa yg telah ditentukanNya. Dia hilang kn matahari untuk muncul kn pelangi yg sangat cantik. pelangi tu la warna-warna kehidupan. sangat meriah bukan? senyum la saat diambil matahari dari hidupmu, kerana sesungguh ny masih ada yg lebih baik untuk menemani hari-hari perjalanan hidupmu.
 

asms: masih menyusuri pelangi...

Saturday, April 7, 2012

:kes:

haha. topik yg tiba2 terlintas bak angin sepoi2 bahasa. x boleh da nak tangguh2 post n3 ni. sebab ny, x tau bila lagi la dapat update. kes yg de kaitan dengan topik ni, ada gak kaitan ny dengan cik anis sendiri. sejak 2 menjak ni, ada beberapa perkara yg bermain d kotak fikiran cik anis ni. antara ny (da macam nak buat karangan plak kn siap ada huraian...hihihi):

kEs 1: SEMACAM SIBUK.
sejak masuk keje baru ni, rasa macam hari2ku banyak d habis kn d ofis. tapi x la 24h kat ofis je. kira hari2 pn, rumah - ofis, ofis - rumah. tesco tu ada juga la. tu pn kalau malas nak drive balik rumah sebab nak lunch. atau sebenar ny nak jimat break. mula2 masuk keje tempat baru ni, rasa macam sangat haru. tapi lama2, alhamdulillah, everything gonna be oke. rakan kerja yg giler2. umur pn x jauh beza. kira oke la kn.

kalau sebelum ni banyak gak OT, tapi start 9 april ni da semacam sangat xde OT. sebab ny, ada 3 orang budak baru masuk serentak. so, orang da bertambah. maka dengan secara rasmi ny, OT akan berkurangan dari yg biasa. cana nak kaya ni? haha..cakap pula pasal kaya, bila dihitung hari2 bekerja, makna kata bulan ni cik anis akan confirm. wow! macam x caya je da masuk 4 bulan. tapi x sure la pula gaji up ke x. kalau x up, makna kata bos da kasi notis: "cik anis, cepat2 dapat kn kerja lain!" hehe..bos kepala sendiri la. mereka kata, bos kedekut. nak sedia kn mesin air pn nak tong2 duit staff. klakar la u ni bos. hishhhh~ meluat~


kEs 2: TEMAN a.k.a BFF
bila masuk topik ni makna ny akan masuk tahap awal sensitiviti tentang hubungan persahabatan. orang kata, kalau kita berkawan rapat 3 orang, maka suatu waktu nanti salah seorang akan tersisih/menjauh atau hilang dari kebiasaan rutin yg mereka selalu laku kn bersama. d sebelah pihak akan kata itu ini tentang satu pihak lain. tapi, dalam masa yg sama juga, satu pihak yg lain itu akan mengata kn begitu begini tentang pihak sebelah sana.

bila da jadi begitu, masih ada lagi ke 'kalungan' BFF yg pernah d sarung kn sebelum ni? d mana kata2 'BFF selama ny' itu pergi? orang kata, kalau ada perselisihan, kemuka kn. kalau ada alpa, tegur sebagai ingatan bersama. untung kn ada sahabat yg boleh d beri mahkota penghargaan TEMAN SEJATI. yg menjadi sahabat kala suka dan duka. kala riang ketawa juga d masa sepi.

sejujur ny, aku masih mencari teman sejati yg x pernah putus menjadi teman ketawa d kala riang bertemu. peminjam bahu sebagai alas melepas kn kesedihan. juga pendengar setia yg x pernah jemu menadah kn telinga nya untuk d cair kn segala isi kumbahan ny. ya, aku masih mencari...

kEs 3: SAHABAT DAN KEKASIH.
oiii! sahabat ke kekasih? dulu cik anis pernah de sahabat yg cik anis anggap sebagai kekasih. tapi sekarang, bila fikir2 balik dia tu ada ke anggap cik anis ni sebagai kekasih? hurm, selepas d buat timbang tara, i don't think so. dan sebagai perasa tambahan dalam rencah masakan cinta cik anis ni, cik anis sanggup terima kenyataan yg sebenar ny dari mula sehingga titik noktah tu, cik anis pada dia cuma d anggap sebagai 'kenalan'. ulang taip, 'KENALAN' n not more than that.

walau pn pernah suatu ketika dulu dalam waktu panjang perbualan kami via sms, dia pernah kata that he still love me more than friend (pape ntah kn). cik anis kena juga anggap tu cuma mimpi mainan tidur je. kalau anggap lebih rasa cam poyo je la cik anis ni. 'hidung x mancung (memang x mancung pn, kembang de la) pipi tersorong-sorong (pada hakikat ny elok je pipi ni kat muka cik anis)'.

sekarang ni baru cik anis realise yg ouhhh~ ramai sungguh gadis yg da terfall in luv with him. kawan sendiri pn ada tau. but its oke, because that guy not mine. bila tahu je cerita2 untuk watak sampingan ni, apa reaksi yg mampu cik anis beri hanya la senyuman. senyum tu kn sedekah kalau datang ny ikhlas dari hati. hihi. ehem, nak nyanyi sikit la.

~tak mungkin kerana sayang, hanya kadang kala aku terkenang~
~i wish nothing but the best for u~

asms: semoga kita d bawah lindungan dan rahmat-Nya. amin...