Apa yang boleh dikatakan buat masa ini, jodoh tu rahsia Allah. Bercakap soal jodoh, buat masa ni, memang tak bersedia lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri/ibu. Walaupun bila tengok kawan-kawan ramai yang sudah mendirikan masjid dan hidup bahagia di samping suami/isteri masing-masing. Dikurniakan anak-anak yang comel. Tapi hati masih ragu untuk berkomitmen.
Dan buat masa ni juga, bukan masa untuk terima 'cinta'. Kerana bulat tekad mewujudkan rasa itu hanya selepas sah bergelar seorang isteri. "minta dikabulkan doa hamba-Mu ini Ya Rabb.ameen" Sesungguhnya pengalaman banyak mengajar aku erti hidup. Banyak membantu aku mengenali dunia. Syukur dengan pengalaman yang lalu. Moga apa yang berlaku aku simpan semat untuk dijadikan sebagai pengajaran yang paling berharga.
~yakin janji-Nya~